SEKOLAH KEBANGSAAN SERKAM DARAT 77300 MERLIMAU MELAKA

Monday 9 July 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PETROSAINS & PUTRAJAYA

             Pada 4 Julai 2012, PPKI Serkam Darat telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Petrosains. Seramai 22 orang murid, 10 orang guru, 2 orang PPM dan 8 orang ibu bapa yang menyertai lawatan tersebut. Kami bertolak seawal jam 7.30 pagi dan sampai di Petrosains jam 10.30 pagi. 



             Pada jam 12.30 tengah hari kami mula bergerak ke Putrajaya untuk melawat Pesta Flora dan singgah di Masjid Besi untuk membuat solat jamak. Sebelum kami pulang, kami singgah di Nilai untuk membeli belah. Kami sampai di sekolah pada jam 10.30 malam. 
















July 09, 2012 No comments » by PPKI_SK Serkam Darat

Monday 14 May 2012


Pada 7-8 Mei 2012, PPKI Serkam Darat telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Cameron Higlands, Pahang. Seramai 26 orang murid, 10 orang guru, 2 orang PPM dan 6 orang ibu bapa yang menyertai lawatan tersebut. Kami bertolak pada jam 10.30 malam dan sampai di sana pada jam 9.00 pagi. Tempat pertama yang kami kunjungi ialah Rose Valley. Di sana terdapat pelbagai jenis bunga ros dan bunga-bungaan. Perjalanan kami seterusnya ialah ke MARDI. Di sana terdapat pelbagai jenis bunga dan sayur-sayuran juga. Kemudian, kami singgah di Cool Point Hotel untuk menjamu selera hidangan tengahari dan menunaikan  solat. Sebelum kami beredar dari Tanah Tinggi, kami singgah sebentar di Cameron Bharat Plantations. Di sana kami dapat menyaksikan sendiri keindahan ladang teh yang luas terbentang. Seterusnya kami meneruskan perjalanan pulang ke sekolah dan kami tiba pada pukul 11 malam.   







May 14, 2012 No comments » by PPKI_SK Serkam Darat

Friday 9 March 2012

TARIKH             : 7 MAC 2012

HARI                 : RABU

MASA               : 1.00 t/hari- 4.30 petang

TEMPAT            : KOLAM AIR PANAS (PEDAS RESORT) NEGERI SEMBILAN

PESERTA           : 27 ORANG MURID, 11 ORANG GURU DAN 3 ORANG PPM

Dokumentasi  :  PN. ZAHIANA BINTI ZAINUDDIN

ULASAN   :

Program ini berjalan lancar seperti yang dicadangkan. Program dimulakan dengan murid-murid menukar baju uniform sekolah kepada baju lawatan PPKI yang berwarna merah. Kami bertolak menaiki bas pada jam 8.00 pagi dan tiba di nilai untuk aktiviti lawatan sambil belajar membeli belah pada jam 10 pagi. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan bersama guru dan PPM.

Setelah selesai aktiviti membeli belah di nilai pada jam 12.00 tengahari murid mula menaiki bas untuk ke kolam air panas (Pedas Resort). Kami singgah ke perhentian seremban untuk makan tengahari pada jam 12.30 tengahari.

Pada jam 1.00 tengahari rombongan kami sampai di kolam air panas Pedas Resort.Bayaran masuk untuk murid-murid adalah RM 4 manakala untuk guru dan PPM adalah RM 8 sahaja.

Setelah itu murid-murid menukar pakaian untuk mandi. Murid- murid dan guru pembimbing mengikuti aktiviti yang disediakan oleh jurulatih secara ‘step by step’. Ada murid yang takut untuk  turun ke kolam dan program inilah dapat melatih murid agar biasa dengan air kolam. Setelah itu murid membuat aktiviti bebas  di kolam air panas dan kolam air biasa.

Sesi program ini diakhiri dengan membawa murid menyalin pakaian dan bersiap-siap untuk pulang. Kami tiba di sekolah pada jam 6.30 petang dan murid dijemput oleh ibubapa masing-masing. 










March 09, 2012 No comments » by PPKI_SK Serkam Darat

Saturday 25 February 2012

Pada 23 Februari 2012 jam 2.30 petang, semua murid Pendidikan Khas SKSD dan murid SKSDTahun 1-3 telah menyertai perarakan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Sebanyak 3 buah sekolah yang terlibat dalam perarakan ini iaitu Sek. Keb.Serkam Darat, SRA (JAIM) Serkam Darat dan Sek. Men. Agama Saidatina Khadijah. Pasukan perarakan tersebut telah disertai oleh semua murid sekolah kawasan Serkam Darat dan diiringi oleh beberapa orang guru yang terlibat. Perarakan tersebut telah bermula dari Sek. Men. Agama Saidatina Khadijah. Kemudian berarak melalui Taman Serkam Jaya dan berakhir di Sek. Keb.Serkam Darat. 








February 25, 2012 No comments » by PPKI_SK Serkam Darat

Friday 10 February 2012


 TERAPI BOWLING
  •   8 Februari 2012- Pada hari Rabu Program Pendidikan Khas  Integrasi (PPKI) telah mengadakan satu aktiviti Terapi Bowling yang bertempat di Mahkota Parade, Melaka.
  • 7.00-7.50 pagi pelajar dan guru-guru berkumpul di SK Serkam Darat. Pelajar menukar pakaian sukan sebelum bertolak.
  • Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi  dengan menaiki  bas dan tiba di Masjid Selat Melaka pada jam 8.30 pagi. 
  • Aktiviti di masjid selat:
      • 1.     Sarapan pagi – Nasi Lemak dan Mineral
      • 2.     Lawatan sekitar  Masjid Selat
      • 3.     Sesi Bergambar.
  • Pada jam 9.25 pagi  kami mula bergerak ke Dataran Pahlawan dan sampai pada 9.40 pagi. Sementara menunggu Pusat Bowling dibuka jam 10.15 pagi,  kami melawat Kota A Famosa dan kawasan sekitarnya.
  • 10.20 pagi kami mula bergerak ke Mahkota Parade untuk bermain Bowling. Guru-guru akan membimbing murid membaling dan menunjukkan cara balingan dengan betul. Sesi Terapi bowling berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Kami bertolak balik ke sekolah dan samapi pada jam 1 petang.












February 10, 2012 1 comment » by PPKI_SK Serkam Darat

Blogroll

2019 Penafian : PPKI Serkam Darat tidak akan bertanggungjawab terhadap segala bentuk kesulitan, masalah dan kehilangan semasa melayari laman web kami.

About