SEKOLAH KEBANGSAAN SERKAM DARAT 77300 MERLIMAU MELAKA

Saturday 29 June 2013


MAJLIS TILAWAH AL-QURAN 
PENDIDIKAN KHAS ZON MERLIMAU 
TAHUN 2013

         Majlis ini telah diadakan pada 25 Jun 2013 bertempat di SK Merlimau, Melaka. Majlis telah bermula dengan sesi pendaftaran oleh para peserta dan guru pada jam 8.00 pagi. Beberapa buah sekolah yang mewakili zon Merlimau telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Antara pertandingan yang dijalankan adalah pertandingan bercerita, tulisan khat, tilawah Al-Quran, hafazan dan nasyid.  

      Setiap pertandingan mempunyai dua kategori iaitu kategori senior dan junior. Kategori senior diwakili oleh para pelajar sekolah menengah, manakala kategori junior pula diwakili oleh murid-murid sekolah rendah.

        Majlis ini telah berakhir pada jam 2.00 petang dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Murid SK Serkam Darat yang berjaya mendapat tempat ialah : -

1. Aiman Syakir Bin Safri - Tempat ketiga dalam acara Tilawah Al-Quran.
2. Nursyazwani Bt Omar - Tempat ketiga dalam acara Hafazan.
3. Siti Nordiana Bt Abu Bakar - Tempat kedua dalam acara Khat Jawi
4. Tempat kedua dalam acara Nasyid Junior.                                                                                             


June 29, 2013 No comments » by PPKI_SK Serkam Darat

Blogroll

2019 Penafian : PPKI Serkam Darat tidak akan bertanggungjawab terhadap segala bentuk kesulitan, masalah dan kehilangan semasa melayari laman web kami.

About