SEKOLAH KEBANGSAAN SERKAM DARAT 77300 MERLIMAU MELAKA

Wednesday 5 February 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435 HIJRAH


Pada 4 Februari 2014 jam 2.30 petang, semua murid SKSD termasuk murid Pendidikan Khas  telah menyertai perarakan Maulidur Rasul peringkat sekolah bagi tahun 1435H. Sebanyak 3 buah sekolah yang terlibat dalam perarakan ini iaitu SK Serkam Darat, SRA (JAIM) Serkam Darat dan SM Agama Saidatina Khadijah. Pasukan perarakan tersebut telah disertai oleh semua murid sekolah kawasan Serkam Darat dan diiringi oleh beberapa orang guru yang terlibat. Perarakan tersebut telah bermula dari SK Serkam Darat melalui Taman Serkam Jaya dan berakhir di SM Agama Saidatina Khadijah. Sambutan ini berakhir pada jam 5.20 petang.







February 05, 2014 No comments » by PPKI_SK Serkam Darat

Saturday 1 February 2014


  TERAPI BOWLING
- 29 JANUARI 2014 -
  • Pada hari Rabu 29 Januari 2014, Program Pendidikan Khas  Integrasi (PPKI) SK Serkam Darat telah mengadakan satu aktiviti Terapi Bowling yang bertempat di Ampang Bowl, Mahkota Parade, Melaka.
  • 7.30-7.50 pagi pelajar dan guru-guru berkumpul di SK Serkam Darat. Pelajar menukar pakaian sukan sebelum bertolak.
  • Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi  dengan menaiki  bas dan tiba di Bandar Hilir jam 8.40 pagi. 
  • Sementara Pusat Bowling Mahkota Parade belum dibuka, kami bersarapan di Masjid Selat.
  • 9.40 pagi  kami mula bergerak ke Mahkota Parade untuk bermain Bowling. Setiap murid dapat mencuba untuk memegang bola dan bermain bowling.
  • Guru-guru dan PPM akan membimbing murid membaling dan menunjukkan cara balingan dengan betul. Sesi Terapi bowling berakhir pada jam 12.00 tengah hari. 
  • Selesai bermain bowling, murid menjamu selera di KFC yang berdekatan.
  • Kami bertolak balik ke sekolah dan sampai pada jam 1.30 petang.









February 01, 2014 No comments » by PPKI_SK Serkam Darat

Blogroll

2019 Penafian : PPKI Serkam Darat tidak akan bertanggungjawab terhadap segala bentuk kesulitan, masalah dan kehilangan semasa melayari laman web kami.

About