SEKOLAH KEBANGSAAN SERKAM DARAT 77300 MERLIMAU MELAKA

Friday 24 May 2019


Program  Ihya  Ramadhan  adalah  merupakan program  tahunan yang dijalankan  oleh  KPKP  SK  Serkam  Darat. Program  ini  adalah  bertujuan  untuk menerapkan penghayatan terhadap tujuan berpuasa  sebagai salah satu  rukun  Islam  kepada  semua  warga  KPKP  SK  Serkam Darat. Di samping  itu  diharapkan  program  ini  akan  dapat  mengasuh  murid-murid  agar  mengamalkan  tingkah laku murni berpandukan  Al-Quran dan bimbingan rohani melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Program  ini  juga  dapat dijadikan  landasan  untuk mencari  dan  mengasah  bakat murid-murid  untuk diketengahkan  dalam  program-program  keagamaan  baik diperingkat sekolah  mahupun diperingkat  daerah dan juga negeri.

SENARAI AKTIVITI IHYA RAMADAN 2019:
Amali wuduk, Solat dhuha dan qada' subuh, Tazkirah ramadan, Zikir dan doa, Tadarus/ Tasmik, Pertandingan Hafazan, Hafazan surah-surah lazim, Pertandingan hafazan, azan, iqamat, mewarna, kolaj, puzzle, kuiz, tulisan jawi cantik, teka silang kata serta membuat kuih raya.




















































































































May 24, 2019 1 comment » by PPKI_SK Serkam Darat

Blogroll

2019 Penafian : PPKI Serkam Darat tidak akan bertanggungjawab terhadap segala bentuk kesulitan, masalah dan kehilangan semasa melayari laman web kami.

About