SEKOLAH KEBANGSAAN SERKAM DARAT 77300 MERLIMAU MELAKA

Monday 28 April 2014

Hari Pertama  : 24 April 2014

     Kami bertolak dari SK Serkam Darat pada jam 6.30 ptg. Kami tiba lebih kurang jam 5.30 pagi. Kami mandi dan menunaikan solat subuh di masjid tersebut. Kami bertolak ke SK Ketereh sebagai kunjungan balas sekolah tersebut yang pernah mengunjungi sekolah kami. Kami di sambut dengan tarian dikir barat oleh murid aliran perdana SK Ketereh, persembahan tarian oleh oleh murid-murid PPKI SK Ketereh serta persembahan nyanyian solo oleh guru praktikal PPKI. Kunjungan kami berakhir jam 11.00 pagi.

      Pada jam 11.30 pagi, kami bergerak ke Rantau panjang untuk aktiviti bebas seperti membeli belah oleh para guru, murid dan ibubapa. Kami membeli belah lebih kurang 1 jam lebih. Pada jam 12.30 tgh, kami bergerak ke Pasar Siti Khadijah untuk aktiviti bebas. Kami singgah di masjid berdekatan untuk menunaikan solat Jamak Takdim ( Zohor dan Asar ).

       Setelah hampir 2 jam berada di pasar Siti Khadijah, kami bertolak ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) untuk menikmati permandangan dan menikmati udara pantai yang bersih. dan nyaman. Kami meruskan perjalanan ke Terengganu lebih kurang jam 5.00 petang dan berhenti makan malam di Pantai Batu Buruk.

        Kami mendaftar masuk ke Hotel Budjet , Wakaf Tokeh, Kuala Terengganu untuk merehatkan diri dan tidur.



Hari Kedua : 24 April 2014

             Kami bangun tidur seawal 5.00 pagi. Kami menunaikan solat subuh di bilik penginapan masing-masing.Kami bersarapan di kawasan penginapan kami. Tepat jam 8.00 pagi kami ‘check-out’dari kawasan penginapan dan bertolak ke Pulau Wan Man. Di sana kami melawat Masjid Kristal. Kami juga menikmati suasana disekitar kawasan tersebut dengan menghayati bangunan- bangunan senibina islam di situ.

      Kami bertolak pula ke Pasar Payang sekitar jam 9.30 pagi. Dalam perjalanan tersebut, tiba-tiba bas yang kami naiki mengalami kerosakan. Kami terpaksa berpatah semula ke Masjid Kristal sehingga bas dibaiki.


           Hampir jam 2.00 petang bas siap dibaiki dan bergerak ke Pasar Payang dan Marang untuk aktiviti bebas. Murid-murid diajar tentang cara membeli-belah dengan betul. Di pasar payang banyak dijual barangan kraftangan, pakaian batik, tshirt dan sebagainya. Ramai di antara ahli rombongan kami yang membeli-belah sebagai buah tangan untuk di bawa pulang ke Melaka. Kami bertolak pulang tepat jam 6.00 petang dan selamat tiba di Melaka lebih kurang jam 2.00 pagi.


April 28, 2014 No comments » by PPKI_SK Serkam Darat

Blogroll

2019 Penafian : PPKI Serkam Darat tidak akan bertanggungjawab terhadap segala bentuk kesulitan, masalah dan kehilangan semasa melayari laman web kami.

About