SEKOLAH KEBANGSAAN SERKAM DARAT 77300 MERLIMAU MELAKA

Sunday 31 May 2015


            Pada 22 Mei 2015 telah dijalankan sesi pemilihan dan pada 25 dan 26 Mei 2015 pula telah dijalankan latihan bagi permainan futsal dan bola jaring. Pemilihan telah diadakan di SK Seri Mendapat, manakala sesi latihan bola jaring telah dijalankan di situ juga dan bagi latihan futsal telah dijalankan di gelanggang futsal Sempang Merlimau.


          Pada 27 & 28 Mei 2015 pula, telah berlangsungnya Karnival Permainan Futsal dan Bola Jaring di Gelanggang Badminton Batu Berendam. Kejayaan yang diperolehi ialah mendapat TEMPAT KETIGA bagi permainan bola jaring iaitu adik Nurhidayahtul Farishah Bt Shahrulharizal, adik Norin Najuwa Bt Saman, adik Siti Norumairah Bt Muhamad Shahrolnizam dan adik Siti Nor Diana Bt Mohamed Idris. Manakala bagi permainan futsal adik Izzan Rusyaidi B Mohd Azli hanya mendapat sijil penyertaan.










May 31, 2015 No comments » by PPKI_SK Serkam Darat

Saturday 2 May 2015




27/4/2015 :  


      • *     Semua murid, guru, PPM dan ibu bapa yang terlibat berkumpul di sek.
      • *     Jam 9.30 mlm bas mula bergerak menuju ke Utara.

28/4/2015  : 


  • *   Jam 5.40 pagi, kami tiba di Masjid Sultan Muzaffar Shah, Sungai Petani untuk persiapan diri dan solat Subuh.
  • *    Jam 9.50 pagi, tiba di Ladang Anggur, Tasik Beris, Sik.
  • * Jam 10.50 pagi, bertolak ke ladang Ostrich. Tiba di Ladang Ostrich jam 3.00ptg. 
  • *       Kemudian bergerak ke Padang Besar. Tiba di sana jam 4.00 ptg.                   
  • *       Murid diajar berurusniaga sehingga jam 6.30ptg. 
  • *    Bertolak dari Padang Besar dan sampai di Homestay Sungai Limau jam 8.30 mlm.
  • *   Jam 9.00 mlm, makan malam di rumah Ustazah Noraniza Zakaria di Sungai Limau.                        
29/4/2015  : 
  • *      Jam 8.00 pagi semua bersarapan di Sungai Limau.
  • *   Jam 9.30 singgah di Tanjung Dawai untuk membeli hasil laut seperti ikan kering, ikan pekasam, ikan bilis dan lain-lain lagi.
  • *  Perjalanan diteruskan ke Pulau Mutiara iaitu Pulau Pinang melalui jambatan Sultan Abdul Halim. Tiba di Jeruk Pak Ali pada jam 1.30 ptg. Murid diajar membeli jeruk sendiri dan semua menjamu selera tengahari sehingga jam 3.30 ptg. 
  • *    Kemudian singgah sebentar di Pasar Kemboja untuk membeli belah pakaian sehingga jam 4.30ptg.                   
  • *       Destinasi terakhir ialah singgah di tempat pembuatan labu sayung. 
  • *       Sampai destinasi tersebut jam 6.30 ptg untuk solat jamak takhir dan meninjau pembuatan asas labu sayung. Ketibaan kami yang lewat menyebabkan kami tidak dapat melihat proses pembuatan labu sayong yang sepenuhnya kerana semua pekerja telah pulang.
  • *  Jam 8.40 mlm, kami berhenti makan malam dan solat jamak Takhir di RnR Tapah.
  • *  Jam 2.00 pagi kami tiba di SKSD. Alhamdulillah perjalanan kami berjalan lancar.           


















May 02, 2015 No comments » by PPKI_SK Serkam Darat

Friday 1 May 2015


Tahniah diucapkan kepada Pn. Zahiana Binti Zainuddin dan Cik Raihana Binti Abdullah.
May 01, 2015 No comments » by PPKI_SK Serkam Darat

Blogroll

2019 Penafian : PPKI Serkam Darat tidak akan bertanggungjawab terhadap segala bentuk kesulitan, masalah dan kehilangan semasa melayari laman web kami.

About