SEKOLAH KEBANGSAAN SERKAM DARAT 77300 MERLIMAU MELAKA

Saturday 20 April 2013


MAHKOTA PARADE, MELAKA

16 APRIL 2013

          Murid- murid PPKI berkumpul di sekolah seawal 7.00 pagi. Murid menukar pakaian daripada uniform sekolah kepada pakaian t-shirt aktiviti . Murid mengambil sarapan pagi, iaitu nasi lemak sebelum memulakan perjalanan hari ini.Terapi boling dijadual diadakan 2 kali setahun .Antara tujuannya ialah:

  • Melatih murid-murid supaya yakin pada diri sendiri dan bersikap berani.
  • Melatih murid-murid supaya tidak merasa rendah diri dalam bermasyarakat.
  • Memberi peluang murid-murid bermain boling dengan cara yang betul yang tidak  pernah mereka berpeluang perolehi di mana - mana sebelum ini.
  • Memilih wakil sekolah untuk menyertai pertandingan boling PPKI peringkat Zon Merlimau.


          Kami memulakan perjalanan pada jam 8.30 pg dan tiba di Dataran  Pahlawan, Bandar Hilir lebih kurang 9.00 pagi. Murid-murid bermain di taman permainan untuk memanaskan badan sebelum bermain boling dan sementara menunggu Mahkota Parade memulakan operasi perniagaannya.

           Kami memasuki Mahkota Parade lebih kurang jam 10.00 pagi. Murid diajar untuk beratur membuat bayaran permainan boling. Mereka juga diajar saiz kasut yang sesuai untuk permainan boling di tempat simpanan kasut yang disediakan.

            Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan beserta seorang guru untuk membimbing mereka. Murid diajar bagaimana memasukkan nama pada skrin komputer di lorong-lorong yang ditentukan oleh mereka. Murid-murid diajar cara-cara memegang bola boling dengan cara dan betul. Guru membuat demostrasi membaling bola boling dengan teknik yang betul.

            Murid -murid memulakan permainan pada jam 10.30 pagi dan tamat lebih kurang jam 11.30 pagi. Murid bermain sehingga tamat satu '1' game iaitu 12 'frame'.Setelah tamat bermain murid diajar cara memulangkan kasut dengan betul. Markah -markah murid yang tertera diskrin diambil untuk pemilihan pertandingan boling PPKI peringkat Zon Merlimau.

             Pada jam 12.00 tengahari kami bergerak ke restoren makanan segera KFC untuk menikmati makan tengahari. Murid-murid di ajar cara membeli makanan dengan betul. Setelah itu, kami menaiki bas dan tiba di sekolah pada jam 1.15 ptg.












April 20, 2013 No comments » by PPKI_SK Serkam Darat

Blogroll

2019 Penafian : PPKI Serkam Darat tidak akan bertanggungjawab terhadap segala bentuk kesulitan, masalah dan kehilangan semasa melayari laman web kami.

About