SEKOLAH KEBANGSAAN SERKAM DARAT 77300 MERLIMAU MELAKA

Saturday 25 May 2013

TERAPI PASIR DAN TERAPI AIR
 DI PANTAI PORT DICKSON
21 MEI 2013

             Murid- murid PPKI berkumpul di sekolah seawal 7.00 pagi. Murid menukar pakaian daripada uniform sekolah kepada pakaian t-shirt aktiviti . Murid mengambil sarapan pagi, iaitu nasi lemak sebelum memulakan perjalanan hari ini.Terapi air sepatutnya dijalankan di Kolam Air Pedas, tetapi terpaksa di tukarkan ke Pantai Port Dickson atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Antara tujuan terapi pasir dan terapi air di jalankan ialah :
1) Melatih murid-murid supaya yakin pada diri sendiri dan bersikap berani.
2) Melatih muri-murid supaya tidak merasa rendah diri dalam bermasyarakat.
3) Melatih sikap berani murid-murid berdepan dengan air laut.
4) Menguatkan otot-otot sikomotor murid-murid untuk menjalankan aktiviti motor kasar
   dan motor halus.
5) Memupuk sikap dispin, kerjasama antara rakan dan mendengar arahan.
                      
                     Kami memulakan perjalanan seawal 7.45 dan tiba di Port Dickson lebih kurang 9.15pagi. Sebelum memulakan aktiviti guru menerangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada hari ini. Kami memulakan aktiviti hari ini dengan terapi pasir dahulu. Beberapa orang murid dipilih untuk menanam keseluruhan diri mereka kecuali kepada ke dalam pasir. Murid diberi arahan oleh guru untuk melakukan pergerakan tangan dan kaki dari dalam pasir. Aktiviti ini bertujuan untuk menguatkan otot-otot tangan dan kaki mereka. Aktiviti diulang dengan murid yang berlainan.

                       Aktiviti kedua ialah mencari barang-barang tersembunyi di dalam pasir. Aktiviti ini bertujuan menguatkan otot-otot jemari tangan untuk melakukan aktiviti motor halus. Murid-murid bertanding sesama mereka. Murid yang menang diberi hadiah.

                       Setelah aktiviti kedua tamat, murid-murid dikumpulkan dan diberi taklimat mengenai terapi air yang akan dijalankan. Murid-murid juga diberitahu mengenai langkah-langkah keselamatan apabila berada di dalam laut. Kami melakukan aktiviti-aktiviti di dalam air seperti berjalan di dalam air, menenggelamkan badan sedikit demi sedikit di dalam air, mengapungkan badan, berenang dan sebagainya. Kami melakukan aktiviti dengan selamat dan jayanya di bawah pengawasan anggota keselamatan yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan pengunjung pantai Port Dickson.

                       Setelah hampir 2 jam  berada di dalam air laut, kami pun naik ke pantai untuk menikmati jamuan yang telah di sediakan. Setelah itu kami menukar pakaian yang telah basah kepada pakaian yang baru. Kami bersembahyang jamak takdim zohor dan asar sebelum meneruskan perjalanan ke Nilai 3.

                       Kami tiba di Nilai 3 lebih kurang jam 4 Petang. Murid- murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diawasi oleh seorang guru. Guru memantau aktiviti membeli murid dan memberikan nasihat kewangan kepada mereka serta memberi tunjuk ajar dalam urusan pembelian mereka.
                        Kami bertolak pulang pada jam 6.00 ptg dan tiba di sekolah SK Serkam Darat lebih kurang jam 7.30 malam.





May 25, 2013 No comments » by PPKI_SK Serkam Darat

Blogroll

2019 Penafian : PPKI Serkam Darat tidak akan bertanggungjawab terhadap segala bentuk kesulitan, masalah dan kehilangan semasa melayari laman web kami.

About