SEKOLAH KEBANGSAAN SERKAM DARAT 77300 MERLIMAU MELAKA

Wednesday 27 March 2013

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE

PULAU PANGKOR, PERAK

15-17 MAC 2013

  Hari Pertama  : 15 Mac 2013( 6.30 ptg ) - 16 Mac  2013 ( 4 Pagi)

                       Kami bertolak dari SK Serkam Darat pada jam 6.30 ptg. Kami berhenti di hentian R & R Dengkel untuk menunaikan sembahyang jamak Magrib dan Isyak serta makan malam. Kami meneruskan semula perjalanan pada jam 10.00 mlm. Kami tiba di I-City Shah Alam pada jam 10.30mlm. Kami diberi masa 1jam sahaja untuk bersiar-siar di dalam kawasan I-city dan bermain permainan di sana. Murid - murid dapat menikmati pemandangan kawasan I- city yang bermandikan lampu. Murid murid diajar beratur dan membeli tiket untuk bermain permainan yang terdapat di situ. Guru membantu murid bermain permainan yang mencabar di situ.Selain bermain murid dapat menghilangkan rasa ketakutan dan fobia pada kelajuan, ketinggian dan sebagainya. Dalam masa 1 jam itu, kami sempat bermain 'pirate ship' dan swing.

           Setelah berada hampir 1 setengah jam berada di I-City Shah Alam kami meneruskan perjalanan ke Pulau Pangkor tepat jam 12.00 tgh mlm. Perjalanan dari Shah Alam ke Lumut memakan masa hampir 5 jam. Kami tiba di Lumut lebih kurang jam 4.00 pagi.


 Hari Kedua : 16Mac 2013( 6.00pg - 16 Mac 2013 ( 6 Ptg)

                       Kami memulakan hari kedua kami dengan sembahyang Subuh di sebuah Masjid di Lumut pada jam 6.00 pg. Kemudian pada jam 7.00pg kami bersarapan pagi di bas stesen Lumut. Setelah Itu, kami menaiki feri ke pulau pangkor tepat jam 8.30pg. Perjalanan dari Jeti Lumut ke Pulau Pangkor memakan masa lebih kurang 45 minit. Setibanya di Pulau Pangkor kami menaiki Van yang telah di sewa khas untuk mkembawa kami ke tempat penginapan iaitu di Suria Beach Resort.
                       Setelah tiba di tempat penginapan kami diberi masa sehingga jam 12.00 tgh untuk mandi, ,membersihkan diri dan berehat. Tepat jam 12.00 kami menaiki sekali lagi van yang di sewa khas melawat sekitar Pulau Pangkor. Lawatan bermula di Kilang Sate, kemudian ke Tokong Cina, Galeri Pangkor dan akhir sekali ke "Dutch Port" atau Perlabuhan Belanda. Setelah makan tengahari, kami pulang ke tempat penginapan untuk berehat dan menjalani aktiviti bebas seperti mandi laut, snorkelling dan membeli belah.

  Hari Ketiga  : 17 Mac 2013( 8.30 pg ) - 17 Mac  2013 ( 9.00mlm)

              Kami sekali lagi  menggunakan perkhidmatan van yang disewa khas untuk membawa kami ke Jeti Pulau Pangkor. Kami menaiki feri ke LUMUT Waterfront tepat jam 9.30pg. Kami tiba di Lumut lebih kurang jam 10.30pg. Kami menaiki bas yang telah sedia menmunggu kami. Kami bersarapan pagi sekali lagi di kawasan perhentian bas lumut. Kami meneruskan perjalanan pulang pada jam 11.30 pg. Kami singggah sebentar di Tarmizi dan Zalina Enterprise untuk membeli belah hasil tangkapan laut untuk di bawa pulang ke Melaka. Kami meneruskan kembali perjalanan pada jam 12.00 tgh. Kami berhenti di hentian Behrang untuk makan tengahari dan solat jamak dan kasar zohor dan asar. Kami menerukan perjalanan semula pada jam 2.00 ptg. 
                 Kami singgah di Teluk intan untuk membeli-belah buahan-buahan tempatan perak seperti jambu batu tanpa biji, jambu air madu dan limau bali. Kami juga sempat singgah di menara condong Teluk Intan bergambar kenangan dan merasai menaiki sendiri menara tersebut. Kami meneruskan perjalanan semula pada jam 3.30 ptg. Setelah tiba di Negeri Sembilan kami singgah sebentar di Nilai 3 untuk membeli belah sekali lagi. Kami bertolak pulang tepat jam 7.00 mlm dan tiba di  kawasan  R & R Ayer Keroh untuk menunaikan sembahyang Jamak dan Qasar Magrib dan Isyak. Kami selamat tiba ke sekolah iaitu Sk Serkam Darat tepat jam 9.00 mlm. Kami merasa sungguh letih tetapi begitu seronok dengan perjalanan ini. Murid-murid mendapat banyak faedah melaui lawatan sambil belajar ini antaranya ;


  • Didedahkan dengan dunia luar yang banyak cabarannya.
  • Dapat mengatasi ketakutan bermain permainan yang mencabar dan ketakutan semasa mandi laut.
  • Dapat mengenali  Pulau Pangkor yang sebelum ini tidak begitu dikenali di kalangan mereka.
  • Dapat merasai pengalaman membeli tiket dan membeli belah dan mengaplikasikan pengetahuan matematik yang telkah mereka pelajari.
  • Dapat merasai kehidupan berdikari tanpa bantuan keluarga.



March 27, 2013 No comments » by PPKI_SK Serkam Darat

Blogroll

2019 Penafian : PPKI Serkam Darat tidak akan bertanggungjawab terhadap segala bentuk kesulitan, masalah dan kehilangan semasa melayari laman web kami.

About