SEKOLAH KEBANGSAAN SERKAM DARAT 77300 MERLIMAU MELAKA

Monday 14 May 2012


Pada 7-8 Mei 2012, PPKI Serkam Darat telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Cameron Higlands, Pahang. Seramai 26 orang murid, 10 orang guru, 2 orang PPM dan 6 orang ibu bapa yang menyertai lawatan tersebut. Kami bertolak pada jam 10.30 malam dan sampai di sana pada jam 9.00 pagi. Tempat pertama yang kami kunjungi ialah Rose Valley. Di sana terdapat pelbagai jenis bunga ros dan bunga-bungaan. Perjalanan kami seterusnya ialah ke MARDI. Di sana terdapat pelbagai jenis bunga dan sayur-sayuran juga. Kemudian, kami singgah di Cool Point Hotel untuk menjamu selera hidangan tengahari dan menunaikan  solat. Sebelum kami beredar dari Tanah Tinggi, kami singgah sebentar di Cameron Bharat Plantations. Di sana kami dapat menyaksikan sendiri keindahan ladang teh yang luas terbentang. Seterusnya kami meneruskan perjalanan pulang ke sekolah dan kami tiba pada pukul 11 malam.   







May 14, 2012 No comments » by PPKI_SK Serkam Darat

Blogroll

2019 Penafian : PPKI Serkam Darat tidak akan bertanggungjawab terhadap segala bentuk kesulitan, masalah dan kehilangan semasa melayari laman web kami.

About