SEKOLAH KEBANGSAAN SERKAM DARAT 77300 MERLIMAU MELAKA

Saturday, 25 February 2012

Pada 23 Februari 2012 jam 2.30 petang, semua murid Pendidikan Khas SKSD dan murid SKSDTahun 1-3 telah menyertai perarakan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Sebanyak 3 buah sekolah yang terlibat dalam perarakan ini iaitu Sek. Keb.Serkam Darat, SRA (JAIM) Serkam Darat dan Sek. Men. Agama Saidatina Khadijah. Pasukan perarakan tersebut telah disertai oleh semua murid sekolah kawasan Serkam Darat dan diiringi oleh beberapa orang guru yang terlibat. Perarakan tersebut telah bermula dari Sek. Men. Agama Saidatina Khadijah. Kemudian berarak melalui Taman Serkam Jaya dan berakhir di Sek. Keb.Serkam Darat. 








February 25, 2012 No comments » by PPKI_SK Serkam Darat

Friday, 10 February 2012


 TERAPI BOWLING
  •   8 Februari 2012- Pada hari Rabu Program Pendidikan Khas  Integrasi (PPKI) telah mengadakan satu aktiviti Terapi Bowling yang bertempat di Mahkota Parade, Melaka.
  • 7.00-7.50 pagi pelajar dan guru-guru berkumpul di SK Serkam Darat. Pelajar menukar pakaian sukan sebelum bertolak.
  • Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi  dengan menaiki  bas dan tiba di Masjid Selat Melaka pada jam 8.30 pagi. 
  • Aktiviti di masjid selat:
      • 1.     Sarapan pagi – Nasi Lemak dan Mineral
      • 2.     Lawatan sekitar  Masjid Selat
      • 3.     Sesi Bergambar.
  • Pada jam 9.25 pagi  kami mula bergerak ke Dataran Pahlawan dan sampai pada 9.40 pagi. Sementara menunggu Pusat Bowling dibuka jam 10.15 pagi,  kami melawat Kota A Famosa dan kawasan sekitarnya.
  • 10.20 pagi kami mula bergerak ke Mahkota Parade untuk bermain Bowling. Guru-guru akan membimbing murid membaling dan menunjukkan cara balingan dengan betul. Sesi Terapi bowling berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Kami bertolak balik ke sekolah dan samapi pada jam 1 petang.












February 10, 2012 1 comment » by PPKI_SK Serkam Darat

Blogroll

2019 Penafian : PPKI Serkam Darat tidak akan bertanggungjawab terhadap segala bentuk kesulitan, masalah dan kehilangan semasa melayari laman web kami.

About