SEKOLAH KEBANGSAAN SERKAM DARAT 77300 MERLIMAU MELAKA

Friday, 9 March 2012

TARIKH             : 7 MAC 2012

HARI                 : RABU

MASA               : 1.00 t/hari- 4.30 petang

TEMPAT            : KOLAM AIR PANAS (PEDAS RESORT) NEGERI SEMBILAN

PESERTA           : 27 ORANG MURID, 11 ORANG GURU DAN 3 ORANG PPM

Dokumentasi  :  PN. ZAHIANA BINTI ZAINUDDIN

ULASAN   :

Program ini berjalan lancar seperti yang dicadangkan. Program dimulakan dengan murid-murid menukar baju uniform sekolah kepada baju lawatan PPKI yang berwarna merah. Kami bertolak menaiki bas pada jam 8.00 pagi dan tiba di nilai untuk aktiviti lawatan sambil belajar membeli belah pada jam 10 pagi. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan bersama guru dan PPM.

Setelah selesai aktiviti membeli belah di nilai pada jam 12.00 tengahari murid mula menaiki bas untuk ke kolam air panas (Pedas Resort). Kami singgah ke perhentian seremban untuk makan tengahari pada jam 12.30 tengahari.

Pada jam 1.00 tengahari rombongan kami sampai di kolam air panas Pedas Resort.Bayaran masuk untuk murid-murid adalah RM 4 manakala untuk guru dan PPM adalah RM 8 sahaja.

Setelah itu murid-murid menukar pakaian untuk mandi. Murid- murid dan guru pembimbing mengikuti aktiviti yang disediakan oleh jurulatih secara ‘step by step’. Ada murid yang takut untuk  turun ke kolam dan program inilah dapat melatih murid agar biasa dengan air kolam. Setelah itu murid membuat aktiviti bebas  di kolam air panas dan kolam air biasa.

Sesi program ini diakhiri dengan membawa murid menyalin pakaian dan bersiap-siap untuk pulang. Kami tiba di sekolah pada jam 6.30 petang dan murid dijemput oleh ibubapa masing-masing. 










March 09, 2012 No comments » by PPKI_SK Serkam Darat

Blogroll

2019 Penafian : PPKI Serkam Darat tidak akan bertanggungjawab terhadap segala bentuk kesulitan, masalah dan kehilangan semasa melayari laman web kami.

About