LAWATAN
SAMBIL BELAJAR KE
PULAU
PANGKOR, PERAK
15-17
MAC 2013
Hari Pertama
: 15 Mac 2013( 6.30 ptg ) - 16 Mac
2013 ( 4 Pagi)
Kami bertolak dari SK
Serkam Darat pada jam 6.30 ptg. Kami berhenti di hentian R & R Dengkel
untuk menunaikan sembahyang jamak Magrib dan Isyak serta makan malam. Kami
meneruskan semula perjalanan pada jam 10.00 mlm. Kami tiba di I-City Shah Alam
pada jam 10.30mlm. Kami diberi masa 1jam sahaja untuk bersiar-siar di dalam
kawasan I-city dan bermain permainan di sana. Murid - murid dapat menikmati
pemandangan kawasan I- city yang bermandikan lampu. Murid murid diajar beratur
dan membeli tiket untuk bermain permainan yang terdapat di situ. Guru membantu
murid bermain permainan yang mencabar di situ.Selain bermain murid dapat
menghilangkan rasa ketakutan dan fobia pada kelajuan, ketinggian dan
sebagainya. Dalam masa 1 jam itu, kami sempat bermain 'pirate ship' dan swing.
Setelah berada
hampir 1 setengah jam berada di I-City Shah Alam kami meneruskan perjalanan ke
Pulau Pangkor tepat jam 12.00 tgh mlm. Perjalanan dari Shah Alam ke Lumut
memakan masa hampir 5 jam. Kami tiba di Lumut lebih kurang jam 4.00 pagi.
Hari Kedua : 16Mac 2013(
6.00pg - 16 Mac 2013 ( 6 Ptg)
Kami memulakan hari kedua kami dengan sembahyang Subuh di sebuah
Masjid di Lumut pada jam 6.00 pg. Kemudian pada jam 7.00pg kami bersarapan pagi
di bas stesen Lumut. Setelah Itu, kami menaiki feri ke pulau pangkor tepat jam
8.30pg. Perjalanan dari Jeti Lumut ke Pulau Pangkor memakan masa lebih kurang 45
minit. Setibanya di Pulau Pangkor kami menaiki Van yang telah di sewa khas
untuk mkembawa kami ke tempat penginapan iaitu di Suria Beach Resort.
Setelah tiba di tempat
penginapan kami diberi masa sehingga jam 12.00 tgh untuk mandi, ,membersihkan
diri dan berehat. Tepat jam 12.00 kami menaiki sekali lagi van yang di sewa
khas melawat sekitar Pulau Pangkor. Lawatan bermula di Kilang Sate, kemudian ke
Tokong Cina, Galeri Pangkor dan akhir sekali ke "Dutch Port" atau
Perlabuhan Belanda. Setelah makan tengahari, kami pulang ke
tempat penginapan untuk berehat dan menjalani aktiviti bebas seperti mandi
laut, snorkelling dan membeli belah.
Hari Ketiga
: 17 Mac 2013( 8.30 pg ) - 17 Mac
2013 ( 9.00mlm)
Kami sekali lagi menggunakan perkhidmatan van yang disewa khas
untuk membawa kami ke Jeti Pulau Pangkor. Kami menaiki feri ke LUMUT Waterfront
tepat jam 9.30pg. Kami tiba di Lumut lebih kurang jam 10.30pg. Kami menaiki bas
yang telah sedia menmunggu kami. Kami bersarapan pagi sekali lagi di kawasan
perhentian bas lumut. Kami meneruskan perjalanan pulang pada jam 11.30 pg. Kami
singggah sebentar di Tarmizi dan Zalina Enterprise untuk membeli belah hasil
tangkapan laut untuk di bawa pulang ke Melaka. Kami meneruskan kembali
perjalanan pada jam 12.00 tgh. Kami berhenti di hentian Behrang untuk makan
tengahari dan solat jamak dan kasar zohor dan asar. Kami menerukan perjalanan
semula pada jam 2.00 ptg.
Kami singgah di Teluk intan untuk membeli-belah buahan-buahan tempatan perak seperti jambu batu tanpa biji, jambu air madu dan limau bali. Kami juga sempat singgah di menara condong Teluk Intan bergambar kenangan dan merasai menaiki sendiri menara tersebut. Kami meneruskan perjalanan semula pada jam 3.30 ptg. Setelah tiba di Negeri Sembilan kami singgah sebentar di Nilai 3 untuk membeli belah sekali lagi. Kami bertolak pulang tepat jam 7.00 mlm dan tiba di kawasan R & R Ayer Keroh untuk menunaikan sembahyang Jamak dan Qasar Magrib dan Isyak. Kami selamat tiba ke sekolah iaitu Sk Serkam Darat tepat jam 9.00 mlm. Kami merasa sungguh letih tetapi begitu seronok dengan perjalanan ini. Murid-murid mendapat banyak faedah melaui lawatan sambil belajar ini antaranya ;

- Didedahkan dengan dunia luar yang banyak cabarannya.
- Dapat mengatasi ketakutan bermain permainan yang mencabar dan ketakutan semasa mandi laut.
- Dapat mengenali Pulau Pangkor yang sebelum ini tidak begitu dikenali di kalangan mereka.
- Dapat merasai pengalaman membeli tiket dan membeli belah dan mengaplikasikan pengetahuan matematik yang telkah mereka pelajari.
- Dapat merasai kehidupan berdikari tanpa bantuan keluarga.
0 comments:
Post a Comment