MAHKOTA
PARADE, MELAKA
16 APRIL 2013
Murid-
murid PPKI berkumpul di sekolah seawal 7.00 pagi. Murid menukar pakaian
daripada uniform sekolah kepada pakaian t-shirt aktiviti . Murid mengambil
sarapan pagi, iaitu nasi lemak sebelum memulakan perjalanan hari ini.Terapi
boling dijadual diadakan 2 kali setahun .Antara tujuannya ialah:
- Melatih murid-murid supaya yakin pada diri sendiri dan bersikap berani.
- Melatih murid-murid supaya tidak merasa rendah diri dalam bermasyarakat.
- Memberi peluang murid-murid bermain boling dengan cara yang betul yang tidak pernah mereka berpeluang perolehi di mana - mana sebelum ini.
- Memilih wakil sekolah untuk menyertai pertandingan boling PPKI peringkat Zon Merlimau.
Kami memulakan perjalanan
pada jam 8.30 pg dan tiba di Dataran
Pahlawan, Bandar Hilir lebih kurang 9.00 pagi. Murid-murid bermain di
taman permainan untuk memanaskan badan sebelum bermain boling dan sementara
menunggu Mahkota Parade memulakan operasi perniagaannya.
Kami memasuki Mahkota Parade lebih
kurang jam 10.00 pagi. Murid diajar untuk beratur membuat bayaran permainan
boling. Mereka juga diajar saiz kasut yang sesuai untuk permainan boling di
tempat simpanan kasut yang disediakan.
Murid dibahagikan kepada
beberapa kumpulan beserta seorang guru untuk membimbing mereka. Murid diajar
bagaimana memasukkan nama pada skrin komputer di lorong-lorong yang ditentukan
oleh mereka. Murid-murid diajar cara-cara memegang bola boling dengan cara dan
betul. Guru membuat demostrasi membaling bola boling dengan teknik yang betul.
Murid -murid memulakan
permainan pada jam 10.30 pagi dan tamat lebih kurang jam 11.30 pagi. Murid
bermain sehingga tamat satu '1' game iaitu 12 'frame'.Setelah tamat bermain
murid diajar cara memulangkan kasut dengan betul. Markah -markah murid yang
tertera diskrin diambil untuk pemilihan pertandingan boling PPKI peringkat Zon
Merlimau.
Pada jam 12.00 tengahari
kami bergerak ke restoren makanan segera KFC untuk menikmati makan tengahari.
Murid-murid di ajar cara membeli makanan dengan betul. Setelah itu, kami
menaiki bas dan tiba di sekolah pada jam 1.15 ptg.
0 comments:
Post a Comment