TERAPI BOWLING
- 29 JANUARI 2014 -
- Pada hari Rabu 29 Januari 2014, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Serkam Darat telah mengadakan satu aktiviti Terapi Bowling yang bertempat di Ampang Bowl, Mahkota Parade, Melaka.
- 7.30-7.50 pagi pelajar dan guru-guru berkumpul di SK Serkam Darat. Pelajar menukar pakaian sukan sebelum bertolak.
- Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas dan tiba di Bandar Hilir jam 8.40 pagi.
- Sementara Pusat Bowling Mahkota Parade belum dibuka, kami bersarapan di Masjid Selat.
- 9.40 pagi kami mula bergerak ke Mahkota Parade untuk bermain Bowling. Setiap murid dapat mencuba untuk memegang bola dan bermain bowling.
- Guru-guru dan PPM akan membimbing murid membaling dan menunjukkan cara balingan dengan betul. Sesi Terapi bowling berakhir pada jam 12.00 tengah hari.
- Selesai bermain bowling, murid menjamu selera di KFC yang berdekatan.
- Kami bertolak balik ke sekolah dan sampai pada jam 1.30 petang.
0 comments:
Post a Comment