Hari Pertama : 24 April 2014
Kami bertolak dari SK Serkam Darat pada jam 6.30 ptg.
Kami tiba lebih kurang jam 5.30 pagi. Kami mandi dan menunaikan solat subuh di masjid
tersebut. Kami bertolak ke SK Ketereh sebagai kunjungan balas sekolah tersebut
yang pernah mengunjungi sekolah kami. Kami di sambut dengan tarian dikir barat
oleh murid aliran perdana SK Ketereh, persembahan tarian oleh oleh murid-murid
PPKI SK Ketereh serta persembahan nyanyian solo oleh guru praktikal PPKI.
Kunjungan kami berakhir jam 11.00 pagi.
Pada jam 11.30 pagi, kami bergerak ke Rantau panjang
untuk aktiviti bebas seperti membeli belah oleh para guru, murid dan ibubapa.
Kami membeli belah lebih kurang 1 jam lebih. Pada jam 12.30 tgh, kami bergerak
ke Pasar Siti Khadijah untuk aktiviti bebas. Kami singgah di masjid berdekatan
untuk menunaikan solat Jamak Takdim ( Zohor dan Asar ).
Setelah hampir 2 jam berada di pasar Siti Khadijah,
kami bertolak ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) untuk menikmati permandangan dan
menikmati udara pantai yang bersih. dan nyaman. Kami meruskan perjalanan ke
Terengganu lebih kurang jam 5.00 petang dan berhenti makan malam di Pantai Batu
Buruk.
Kami mendaftar masuk ke Hotel Budjet , Wakaf Tokeh,
Kuala Terengganu untuk merehatkan diri dan tidur.
Hari Kedua : 24 April 2014
Kami bangun tidur seawal 5.00 pagi. Kami menunaikan
solat subuh di bilik penginapan masing-masing.Kami bersarapan di kawasan
penginapan kami. Tepat jam 8.00 pagi kami ‘check-out’dari kawasan penginapan
dan bertolak ke Pulau Wan Man. Di sana kami melawat Masjid Kristal. Kami juga
menikmati suasana disekitar kawasan tersebut dengan menghayati bangunan-
bangunan senibina islam di situ.
Kami bertolak pula ke Pasar Payang sekitar jam 9.30
pagi. Dalam perjalanan tersebut, tiba-tiba bas yang kami naiki mengalami
kerosakan. Kami terpaksa berpatah semula ke Masjid Kristal sehingga bas
dibaiki.
Hampir jam 2.00 petang bas siap dibaiki dan bergerak
ke Pasar Payang dan Marang untuk aktiviti bebas. Murid-murid diajar tentang
cara membeli-belah dengan betul. Di pasar payang banyak dijual barangan
kraftangan, pakaian batik, tshirt dan sebagainya. Ramai di antara ahli
rombongan kami yang membeli-belah sebagai buah tangan untuk di bawa pulang ke
Melaka. Kami bertolak pulang tepat jam 6.00 petang dan selamat tiba di Melaka
lebih kurang jam 2.00 pagi.
0 comments:
Post a Comment