27/4/2015 :
28/4/2015 :
Jam 5.40
pagi, kami tiba di Masjid Sultan Muzaffar Shah, Sungai Petani untuk persiapan
diri dan solat Subuh.
Jam 9.50
pagi, tiba di Ladang Anggur, Tasik Beris, Sik.
Jam 10.50
pagi, bertolak ke ladang Ostrich. Tiba di Ladang Ostrich jam 3.00ptg.
Kemudian
bergerak ke Padang Besar. Tiba di sana jam 4.00 ptg.
Murid diajar
berurusniaga sehingga jam 6.30ptg.
Bertolak dari
Padang Besar dan sampai di Homestay Sungai Limau jam 8.30 mlm.
Jam 9.00 mlm,
makan malam di rumah Ustazah Noraniza Zakaria di Sungai Limau.
29/4/2015 :
Jam 8.00
pagi semua bersarapan di Sungai Limau.
Jam 9.30
singgah di Tanjung Dawai untuk membeli hasil laut seperti ikan kering, ikan
pekasam, ikan bilis dan lain-lain lagi.
Perjalanan
diteruskan ke Pulau Mutiara iaitu Pulau Pinang melalui jambatan Sultan Abdul
Halim. Tiba di Jeruk Pak Ali pada jam 1.30 ptg. Murid diajar membeli jeruk
sendiri dan semua menjamu selera tengahari sehingga jam 3.30 ptg.
Kemudian
singgah sebentar di Pasar Kemboja untuk membeli belah pakaian sehingga jam
4.30ptg.
Destinasi
terakhir ialah singgah di tempat pembuatan labu sayung.
Sampai
destinasi tersebut jam 6.30 ptg untuk solat jamak takhir dan meninjau pembuatan
asas labu sayung. Ketibaan kami yang lewat menyebabkan kami tidak dapat melihat
proses pembuatan labu sayong yang sepenuhnya kerana semua pekerja telah pulang.
Jam 8.40 mlm,
kami berhenti makan malam dan solat jamak Takhir di RnR Tapah.
Jam 2.00 pagi
kami tiba di SKSD. Alhamdulillah perjalanan kami berjalan lancar.
















0 comments:
Post a Comment