SEKOLAH KEBANGSAAN SERKAM DARAT 77300 MERLIMAU MELAKA

Monday 4 February 2013

         
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ZOO MELAKA

(29 JANUARI 2013)


         Murid- murid PPKI berkumpul di sekolah seawal 7.00 pagi. Murid menukar pakaian daripada uniform sekolah kepada pakaian t-shirt aktiviti . Murid mengambil sarapan pagi, iaitu nasi lemak sebelum memulakan perjalanan hari ini.

        
          Kami memulakan perjalanan pada jam 8.00pg, dengan melawat perigi Hang Tuah di Duyung, Melaka. Kami tiba di Zoo melaka pada jam 10.00 pg. Murid diajar cara membeli tiket masuk secara rawak. Apabila di zoo murid diterangkan oleh guru tentang haiwan yang mereka lihat. Murid -murid cuba membunyikan bunyi haiwan seperti haiwan yang mereka lihat. Sesekali kami berehat setelah penat berjalan sambil bercerita tentang haiwan yang lihat. Aktiviti terapi berkuda yang sepatutnya di jalankan pada hari ini terpaksa ditunda oleh pihak pengurusan Zoo Melaka akibat sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

              Setelah satu jam setengah berjalan, kami tiba di penghujung zoo. Murid- murid dibenarkan bermain alat permainan di kawasan taman permainan di zoo tersebut. Hampir dua jam berada di zoo kami pun keluar  menaiki bas menuju ke KFC Ayer Keroh. Murid - murid dilatih membeli makanan dan minuman di kaunter KFC .  Kami menikmati hidangan tengahari  sehingga jam 1.30 tengahari. Kami tiba di sekolah jam 2.00ptg.
                             


February 04, 2013 No comments » by PPKI_SK Serkam Darat

0 comments:

Post a Comment

Blogroll

2019 Penafian : PPKI Serkam Darat tidak akan bertanggungjawab terhadap segala bentuk kesulitan, masalah dan kehilangan semasa melayari laman web kami.

About