SEKOLAH KEBANGSAAN SERKAM DARAT 77300 MERLIMAU MELAKA

Friday 22 February 2013


 TERAPI BOWLING
- 19 Februari 2013 -
  • Pada hari Selasa 19 Februari 2013, Program Pendidikan Khas  Integrasi (PPKI) SK Serkam Darat telah mengadakan satu aktiviti Terapi Bowling yang bertempat di Mahkota Parade, Melaka.
  • 7.30-7.50 pagi pelajar dan guru-guru berkumpul di SK Serkam Darat. Pelajar menukar pakaian sukan sebelum bertolak.
  • Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi  dengan menaiki  bas dan tiba di Bandar Hilir jam 8.40 pagi. 
  • Sementara Pusat Bowling Mahkota Parade belum dibuka, kami berkunjung ke taman permainan yang berdekatan di situ.
  • 9.40 pagi  kami mula bergerak ke Mahkota Parade untuk bermain Bowling. Setiap murid dapat mencuba untuk memegang bola dan bermain bowling.
  • Guru-guru dan PPM akan membimbing murid membaling dan menunjukkan cara balingan dengan betul. Sesi Terapi bowling berakhir pada jam 12.00 tengah hari. 
  • Selesai bermain bowling, murid menjamu selera di KFC yang berdekatan.
  • Kami bertolak balik ke sekolah dan sampai pada jam 1.30 petang.



February 22, 2013 No comments » by PPKI_SK Serkam Darat

0 comments:

Post a Comment

Blogroll

2019 Penafian : PPKI Serkam Darat tidak akan bertanggungjawab terhadap segala bentuk kesulitan, masalah dan kehilangan semasa melayari laman web kami.

About