SEKOLAH KEBANGSAAN SERKAM DARAT 77300 MERLIMAU MELAKA

Saturday, 22 March 2014

               Murid- murid PPKI berkumpul di sekolah seawal 7.00 pagi. Murid menukar pakaian daripada uniform sekolah kepada pakaian t-shirt aktiviti . Murid mengambil sarapan pagi, iaitu nasi lemak sebelum memulakan perjalanan hari ini. Terapi air pada kali ini dijalankan di Wet World Pedas. 

               Antara tujuan  terapi air di jalankan ialah :
  • Melatih murid-murid supaya yakin pada diri sendiri dan bersikap berani.
  • Melatih muri-murid supaya tidak merasa rendah diri dalam bermasyarakat.
  • Melatih sikap berani murid-murid berdepan dengan ke dalaman air.
  • Menguatkan otot-otot sikomotor murid-murid untuk menjalankan aktiviti motor kasar   dan motor halus.
  • Memupuk sikap dispin, kerjasama antara rakan dan mendengar arahan.

               Kami memulakan perjalanan seawal 8.30 dan tiba di Pedas lebih kurang 10.15pagi. Sebelum memulakan aktiviti guru menerangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada hari ini. Kami memulakan aktiviti hari ini dengan pemanasan badan dahulu.

                Setelah pemanasan badan dijalankan, murid-murid dikumpulkan dan diberi taklimat mengenai terapi air yang akan dijalankan. Murid-murid juga diberitahu mengenai langkah-langkah keselamatan apabila berada di dalam kolam. Kami melakukan aktiviti-aktiviti di dalam air seperti berjalan di dalam air, menenggelamkan badan sedikit demi sedikit di dalam air, mengapungkan badan, berenang dan sebagainya. Kami melakukan aktiviti dengan selamat dan jayanya di bawah pengawasan anggota keselamatan yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan pengunjung di kolam tersebut.

             Setelah hampir 2 jam berada di dalam air kolam, kami pun naik untuk menikmati jamuan yang telah di sediakan. Setelah itu kami menukar pakaian yang telah basah kepada pakaian yang baru. Kami bersembahyang zohor sebelum memulakan perjalanan pulang.
                      
            Kami bertolak pulang pada jam 3.00 ptg dan tiba di sekolah SK Serkam Darat lebih kurang jam 5.30 ptg. 





March 22, 2014 No comments » by PPKI_SK Serkam Darat

0 comments:

Post a Comment

Blogroll

2019 Penafian : PPKI Serkam Darat tidak akan bertanggungjawab terhadap segala bentuk kesulitan, masalah dan kehilangan semasa melayari laman web kami.

About